Monday, October 19, 2009

KETAHUI MAKLUMAT PENDERAAN KANAK-KANAK

PERKENALAN
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.
Punca penderaan
Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai
Orang yang di sayangi atau tiada orang awam yang perdulikan semasa mereka didera..
PENDERAAN KANAK-KANAKPenderaan kanak-kanak adalah di kategorikan empat jenis: · fisikal · seksual · psikologi · neglect
Beberapa Contah: mengiggit,tending,tamper,tarik rambut,dengan kasar,
cekit ,kurung tempat yang tak sepatutnya kepada kanak-kanak,
termasuk membelai pernubusan persetubuhan secara paksa tampa rela,
atau sentuhan tangan secara ramas.
DEFINISI Ini adalah jenis jenis gangguan seksual kanak-kanak yang di kategorikan daripada professional di seluruh dunia:

MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN a) menyentuh buah dada, kemaluan atau dubur b) penetrasi c) seks di luar tabii (mulut, dubur)
BUKAN MELALUI PERLAKUAN SENTUHAN a) membuat komen berbentuk seksual b) mendedah bahagian sulit c) mengintai d) menunjuk atau memberi bahan-bahan lucah e) memujuk kanak-kanak agar berbogel atau merancap
MELALUI PERLAKUAN BUKAN PENDERAAN/BUKAN MELALUI KEKERASAN a) Perbezaan Kuasa b) Perbezaan Pengetahuan c) Perbezaan Kepuasan
Penderaan seksual mengikut corak: Pelaku dapat kepercayaan dan penglibatan kanak-kanak. *** Penderaan seksual kanak-kanak berlaku dengan rahsia. Pendera bergantung kepada kanak-kanak untuk menyimpan rahsia. PENGANGGU SEKSUAL KANAK-KANAK Sesiapa boleh manjadi pengangggu seksual. Ianya boleh seorang yang kita tidak kenali, saudara kita,guru, ibubapa, sepupu; tidak kira lelaki atau perempuan, bangsa, atau status dalam masyarakat. Dari kes-kes yang dilaporkan, n Kanak-kana permainan video · banyak gula-gula dan makanan ringan bagi kanak-kanak · majalah dan komik kanak-kanak · video kanak-kanakRamai pengangu seksual ini menjadi garang kerana ia ada kitaran. Mereka mungkin pernah diganggu atau di era secara fizikal atau emosional semasa kecil. Cara membesar dan masyarakat juga memainkan peranan.



Tanda-tanda a) terlalu mesra terhadap kanak-kanak b) selalu membawa hadiah dan memberi hadiah yand mahal c) terlalu banyak sentuhan yang dikatakan tidak sengaja
d) selalu mengulangi 'tawaran' untuk menjaga kanak-kanak itu. e) membawa kamera ke mana mana sahaja
f) susuanan rumah (terutama jika dia tiada anak sendiri di rumah · banyak gambar kanak-kanak lain · buku menganai psikologi kanak-kanak, fotografi dan seni · buku dan permainana kanak-kanak Ramai pengangu seksual ini menjadi
garang kerana ia ada kitaran. Mereka mungkin pernah diganggu atau di era
secara fizikal atau emosional semasa kecil. Cara membesar dan masyarakat
juga memainkan peranan.

MANGSA Petunjuk · kemurungan, terlalu sensitif dan mudah radang,
menangis dengan tiada sebab yang nyata · kekhuatiran, kerisauan (kencing di atas tilam,
mengigau) · masalah hubungan dengan kawan atau keluarga
pengunduran dari aktiviti atau orang · masalah disiplin/menentang atau memberontak · tiada cukup pengetahuan mengenai seks · prestasi akademik yang kurang baik
takut akan orang yang dikatakan
penganggu seksual itu · takut akan kumpulan orang itu/jenis · peranan yang bertukar dalam
keluarga/kedewasaan yang samar atau
palsu · lelaki: membakar dan kejam terhadap
haiwan
· perubahan perangai yang berlaku
secara
tiba tiba dan dengan katara
· kelakuan yang boleh
memusnahkan diri sendiri atau
kelakuan yang merbahaya

kurang tumpuan · tidak mahu ditanggal sendirian
cara makan yang tidak
betual(bulimia/anorexia) · lari dari rumah · mencedera dengan benda · percubaan membunuh diri · menentang pihak yang berkuasa
aktiviti jenayah · kemurungan · pengunduran daripada
masyarakat
· mencedera dengan
benda · percubaan
membunuh diri · menentang pihak
yang berkuasa
Kesan Psilkologi
· perassan bersalah · pengkhianatan · tiada kuasa
Lelaki-Lelaki
yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual kanak-kanak sukar untuk membesar secara "lelaki". Mereka rasa mereka bukan lelaki sejati
apabila mereka dewasa dan yang amat menakutkan isalah kebanyakan daripada mereka berakhir dengan mereka sendiri menjadi pesalah tersebut, kerana mereka beranggapan lelaki sejati tidak mudah disakiti
Dan lelaki sejati adalah kebal.
Mereka cuba menutup rasa malu dan kekurangan dengan mengambil alih peranan sebagai penyerang. Bagi perempuan, sedikit sahaja
Mereka cuba menutup rasa malu dan kekurangan dengan mengambil alih peranan sebagai penyerang
Bagi perempuan, sedikit sahaja menjadi penganggu seksual. Jadi, adalah lebih penting ibu-bapa mendidik anak lelaki.
Perlindunga PENCEGAHAN · ajar istilah betual bahagian badan · tentukan bahagian sulit dan beritahu mereka untuk menjaga bahagian sulit beritahu mereka untuk berkata tidak dan beritahu ibubapa, guru atau penjaga · beritahu kanak-kanak kelakuan yang tidak boleh diterima Untuk meneguhkan konsep ini, ibubapa mesti mengikuti prosedur berikut : · membina keyakinan diri melalui pujian
dari pengakuan pencapaian mengaku dan menghormati pilihan
dan hak mereka · bebas berkomunikasi
Orang yang tidak dikenali Semua kanak-kanak mesti diberi amaran mengenai orang yang tidak dikenali. jangan menerima belanja atau
menumpang orang yang tidak dikenali
· jangan kemana-mana dengan
mereka · beri amaran kepada kanak-kanak
terhadap orang yang meminta m
mereka untuk berahsia, terutama
dengan ibu.
jangan membenarkan kanak-kanak pergi ke tandas
awam berseorangan atau menunggu kamu di tempat
letak kereta sendiri. · ajar kanak-kanak:
· ajar kanak-kanak:
1-siapa di pintu 2-menjawap telefon 3-keadaan kecemasan 4-meninggal nombor telefon
jika kanak-kanak di
biarkan sendirian di rumah jangan biarkan kanak-kanak atau
remaja balik atau pergi ke mana-mana
berjalan kaki sendirian terutama pada
waktu malam, contoh, selepas pukul
10:00pm.
Di jalan yang sunyi, ada kemungkinana mereka akan dilarikan. untuk remaja, lihat siapa kawan lelaki mereka yang lebih tua, walaupun ia mungkin kawan biasa.
Dengan ini, bukan maksud nya untuk merenggangkan persahabatan mereka, tetapi hanya berhati-hati.
untuk ibubapa yang bekerja, di mana anak-anak remaja mereka perlu bersendirian di rumah waktu siang, perhatikan aktiviti mereka melalui telefon. Periksa sekali sekala apa yang mereka buat.
Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.
Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian. Sebab-sebab keganasan terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. Pengalaman antarabangsa pula menyarankan bahawa kes yang dilaporkan mungkin hanya mewakili 10% daripada jumlah kes yang berlaku.
Perlindungan terhadap kemalangan dan kecederaan kanak-kanak
Setiap tahun ratusan ribu kanak-kanak mati akibat kecederaan, manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak. Kecederaan yang paling kerap berlaku adalah disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya. Sedihnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan. Di Malaysia, kecederaan kanak-kanak telah menjadi punca utama kematian dan hilang upaya kanak-kanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat.Ekoran pembangunan bandar yang pesat di Malaysia , kesesakan jalan raya juga menyebabkan meningkatnya kemalangan jalan raya. Lebih 300,000 kemalangan jalan raya telah dilaporkan pada tahun 2004 berbanding dengan 290,000 kes pada 2003. Pada 2004 sahaja, 6000 rakyat Malaysia kehilangan nyawa mereka di jalan raya. Kemalangan ini menyebabkan kematian kanak-kanak dan hilang upaya. Dalam beberapa kes, ia juga menyebabkan kanak-kanak menjadi Kehilangan kanak-kanak keletah, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun dilaporkan pada 20 Ogos 2007 setelah pergi keseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya. Pada 20 September 2007, iaitu 30 hari selepas kehilangannya, mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian oleh seorang pekerja sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Utama disahkan sebagai Nurin.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan berita tersebut setelah ujian DNA dilakukan ke atas mayat dan kedua ibu bapa Nurin menunjukkan perkaitan di antara mereka. Pada masa yang sama tumpuan rakyat Malaysia kembali melihat penderaan seksual ke atas kanak-kanak sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah . Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.
Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001 (150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun, bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan.
Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan.
Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.
1. Hubungan pelaku dengan persekitaran
Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya.. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.
2. Umur pelaku
Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini.
3. Taraf perkahwinan pelaku
Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.
4. Taraf pendidikan pelaku
Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.
5. Jenis pekerjaan pelaku
Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.
6. Jumlah pendapatan pelaku
Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.
7. Jenis rumah kediaman
Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.
8. Jaringan sosial
Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Hubungan pelaku dan mangsa boleh diperincikan lagi supaya motif penderaan ini dapat dikenal pasti. Bagi kes yang melibatkan Nurin, pelaku jelas mempunyai niat untuk mendera mangsa.
Penderaan dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh. Pelaku seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas. Pembunuhan kejam Nurin menyebabkan ramai orang tidak dapat melelapkan mata kerana ianya melibatkan penderaan terancang dan pembunuhan yang menyayat hati. Seperti kata Bapa Nurin, Jazimin: "Harap kerajaan akan membuat sesuatu," cukup memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bagi melihat pelaku dera seksual tersebut dijejaki, ditangkap dan diadili.
Respons UNICEF: 2005 – 2007
UNICEF bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk memastikan “persekitaran yang terjamin” bagi semua kanak-kanak, bebas daripada keganasan, deraan dan diskriminasi. Kami memberi tumpuan kepada penubuhan sistem perlindungan sosial dan perundangan yang berkesan melalui (1) sokongan kepada perlindungan hak asasi kanak-kanak; (2) bantuan teknikal dan peningkatan keupayaan; (3) program di peringkat akar umbi; (4) penyebaran maklumat kepada masyarakat; dan (5) penyelidikan dan analisis yang boleh diterima pakai.
Program UNICEF di Malaysia dibentuk untuk membantu penggubal dasar dan rakan kerjasama untuk:
Memulakan langkah-langkah membasmi penderaan dan pengabaian kanak-kanak, eksploitasi seksual dan penyeludupan kanak-kanak, termasuk meningkatkan kesedaran di peringkat tempatan, dan peluang pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko.
Menubuhkan dan memperkukuh sistem pemantauan dan laporan yang menyeluruh terhadap penderaan kanak-kanak dan eksploitasi seks di peringkat kebangsaan/negeri/daerah.
Memudahkan kerjasama yang berkesan dengan Kerajaan, NGO, organisasi keagamaan, universiti dan institusi penyelidikan, media dan sektor swasta untuk mengukuhkan persekitaran yang terjamin bagi kanak-kanak di Malaysia .
Membentuk dan menguji model program-program yang sekiranya berjaya, boleh dicontohi untuk dilaksanakan ke seluruh negara; danMeningkatkan peluang bagi mendapatkan pendidikan asas yang berkualiti dan perkhidmatan kesihatan untuk kanak-kanak dalam kalangan masyarakat yang terpinggir.
KES PENDERAAN KANAK-KANAK MENGIKUT NEGERI, 2000-2004
Kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri 2000 2001 2002 2003 2004
Selangor 349 327 412 368 474
Johor 116 126 115 156 126
WP Kuala Lumpur 112 127 269 153 287
Pulau Pinang 75 85 130 131 154
Perak 79 85 80 131 145
Sarawak .. 0 65 36 176 144
Negeri Sembilan 24 39 40 55 67
Kelantan 24 24 11 31 51
Melaka 51 36 24 65 64
Pahang 5 25 27 8 38
Terengganu 17 24 20 17 33
Kedah 33 33 39 63 26
Perlis 16 26 21 16 26
Sabah 31 14 17 19 21
WP Labuan 2 0 1 1 0
Jumlah / Total 1,800 934 1, 1,242 1,390 1,656


Kes Penderaan Kanak-kanak mengikut Negeri, 2000-2005
Kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri 2005 2006 2007
Selangor 446 498 816
WP Kuala Lumpur 415 435 444
Pulau Pinang 131 184 216
Perak 172 147 185
Negeri Sembilan 124 147 171
Johor 115 91 163
Melaka 26 31 55
Kedah 66 102 54
Pahang 56 91 46
Sarawak .. 189 180 41
Perlis 30 44 27
Terengganu 16 41 23
Kelantan 14 8 19
Sabah 0 0 19
WP Labuan 0 0 0
JUMLAH 1,800 1,999 2,279

KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
TAHUN (Mengikut Negeri) 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

JENIS-JENIS KES PENDERAAN KANAK-KANAK
TAHUN 2001-2007
Terdampar 70 121 98 26 68 53 63
Diabaikan 303 357 389 563 601 682 761
Fizikal 287 354 410 459 431 495 586
Seksual 251 324 430 529 566 670 754
Emosi 56 32 32 52 77 50 45
Lain/ Iain 69 54 31 27 57 49 70
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia , 2008
Talian bantuan
Malaysia
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303
Lihat juga: Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, (Akta 468)
GENIUS matematik GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Keganasan Rumahtangga Merupakan Kelakuan Jenayah12 Mac 1996
Kenyataan oleh Dr. Abdul Hamid Othman, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, mengenai perlaksanaan Akta Keganasan Rumahtangga (AKR) sangat membimbangkan. Kami tidak setuju supaya diadakan Akta Keganasan Rumahtangga yang berasingan untuk orang Islam di bawah pentadbiran Mahkamah Syariah atas sebab-sebab berikut:Pertama, sungguh pun hal-hal berkaitan kekeluargaan untuk umat Islam adalah terdapat di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, keganasan rumahtangga bukanlah masalah kekeluargaan semata-mata. Ianya tertakluk kepada bidang kuasa Kanun Keseksaan negara. AKR ialah undang-undang jenayah dan dengan itu berada di bawah ruang kuasa Mahkamah Persekutuan, tertakluk kepada perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, tidak terdapat percanggahan di antara Mahkamah Sivil dan Syariah.Kedua, dengan menyatakan bahawa "terdapat beberapa perkara yang dianggap ganas oleh Akta ini yang tidak dianggap sedemikian oleh hukum syarak", Dr. Hamid membawa andaian bahawa Islam membenarkan keganasan dalam keluarga. Kami merasa terkilan kerana ayat-ayat al-Qur'an sentiasa berkisar di sekeliling soal keamanan, keadilan dan kesaksamaan. Ayat-ayat al-Qur'an juga mengatakan tentang perhubungan saling menyangi dan mengasihani di antara lelaki dan wanita (Surah al-Rum, 30:21), bahawa lelaki dan wanita adalah sebagai pakaian bagi satu sama lain (Surah al-Baqarah, 2:187), bahawa lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi antara satu dengan lainnya (Surah al-Imran, 3:195), bahawa lelaki dan wanita merupakan sahabat dan penjaga yang saling melindungi (Surah al-Tawbah, 9:71). Memegang pendapat bahawa keganasan rumahtangga merupakan jenayah hanya di kalangan orang bukan Islam mempermainkan agama kita dan merpersendakan prinsip-prinsip keadilan Islam.
Ketiga, di negara ini semua orang yang melakukan keganasan mesti dihukum di bawah undang-undang jenayah yang sama, sama ada mereka warga negara atau tidak, Islam atau tidak, dan samada jenayah itu telah dilakukan ke atas seseorang yang tidak dikenali atau pun ahli keluarga sendiri. Sepertimana Akta Perlindungan Kanak-kanak yang telah diluluskan oleh Parlimen dan berkuatkuasa ke atas orang-orang Islam dan bukan Islam, begitu juga sepatutnya dengan AKR. Sepertimana penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga sendiri telah diterima sebagai satu jenayah, begitu juga keganasan terhadap wanita oleh keluarga sendiri. Yang mangsa mesti dilindungi, yang mengganas mesti diberi kemudahan kaunseling dan jika didapati bersalah, mesti dihukum. Islam tidak harus diguna sebagai alasan untuk menghalang wanita menikmati keadilan.. Dan agama kita tidak sepatutnya dibiar berterusan membawa tafsiran yang salah supaya struktur dan amalan sosial yang menekan kaum wanita dapat terus kekal dan melanggar ajaran al-Qur'an yang sebenar.
Keempat, mangsa keganasan rumahtangga mesti diberi perlindungan yang sama di bawah satu undang-undang. Oleh kerana Undang-undang Keluarga Islam adalah di bawah ruang kuasa negeri, apa-apa perlindungan atau penyelesaian yang diberi oleh syariah mungkin tidak sama dari negeri ke negeri, dalam tafsiran dan perlaksanaannya. Keadaan ini sudah pun jelas jika kita lihat perlaksanaan Undang-undang Keluarga Islam, misalnya kes-kes poligami di mana hanya sebahagian sahaja negeri yang memerlukan persetujuan isteri yang ada sebelum suami dibenarkan berpoligami. Dalam amalannya, ini telah membolehkan lelaki Islam mengambil kesempatan menggunakan undang-undang yang berbeza-beza antara negeri untuk kepentingan sendiri.
Sisters in Islam adalah sebahagian dari Kumpulan Tindakan Bersama Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG - Joint Action Group Against Violence Against Women). Buat lima tahun JAG telah melibatkan diri dalam rundingan untuk mewujudkan Akta Keganasan Rumahtangga yang ada sekarang. Pusat Islam, bersama degan jabatan-jabatan kerajaan lain, telah diwakili sepanjang proses rundingan ini yang bermula dari Ogos 1989 lagi. Isu-isu yang ditimbulkan di atas telah pun dibincang secara halus dan persetujuan muktamat telah dicapai pada tahun 1994 mahupun ianya tidak memenuhi kesemua kehendak JAG. JAG telah banyak bertolak ansur supaya Akta ini dapat diterima oleh semua pihak termasuklah pihak-pihak berkuasa agama. Isu-isu yang boleh dianggap sebagai berada di bawah ruang kuasa syariah, seperti nafkah dan jagaan sementara dan nafkah sementara telah tidak dimasukkan ke dalam Akta yang terdapat sekarang.
Sejarah
Pada 22 Mei 1994, dua bulan sebelum Akta ini diluluskan oleh Parlimen, Sisters in Islam, bagi pihak JAG, bertemu dengan Dr. Hamid, yang pada masa itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah meyakinkan kami bahawa peruntukan Rang Undang-undang Keganasan Rumahtangga yang dicadangkan itu tidak bercanggah dengan syariah dan bahawa Pusat Islam tidak ada apa-apa tentangan jika ianya diguna pakai terhadap orang-orang Islam..
Kami percaya bahawa wanita, lelaki dan kanak-kanak Islam yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga mesti diberi perlindungan dan penyelesaian yang sama seperti warganegara bukan Islam. Kerajaan mesti menggerakkan kemahuan politiknya (political will) untuk melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen hampir dua tahun dahulu dan yang telah dirundingankan selama lima tahun oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mereka yang mengambil berat tentang hal ini. Peraturan untuk perlaksanaan undang-undang ini telah pun diuruskan oleh pejabat Peguam Negara. Keterangan telah pun diberi kepada yang mereka masih sangsi. Apa yang diperlukan sekarang adalah penetapan tarikh untuk Akta ini dilaksanakan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Dalam Islam, kata-kata yang murni mesti dikotakan oleh perbuatan yang murni. Adalah tidak tegas bagi Kerajaan meluahkan kata-kata mengenai nilai-nilai kekeluargaan dan masyarakat penyayang, jika tindakannya menghalang wanita dan kanak-kanak dari mengecapi keindahan hidup di dalam rumahtangga yang bebas dari keganasan. Hak ini mesti dilindung dan digalak oleh Kerajaan..Wanita, kanak-kanak dan mangsa keganasan rumahtangga yang lain dalam negara ini tidak sepatut dibiar tertunggu-tunggu untuk mengecapi faedah yang timbul dari peruntukan Akta Keganasan Rumahtangga.
Surat ini telah diterbitkan dalam Utusan Malaysia, The New Straits Times dan The Star.
Pendapat pendapat beberapa di dalam blog ctentangpenPUTK keselamatan dan in ada masalah berbangkit pada masa akan datang, report polis adalah lebih baik.macamanalah agaknya ye sorang pengasuh tu bolehjaga 7 babies (bawah 2 tahun dikira baby). kat nursery tempat anak saya sebelum ini, 3 pengasuh pun kelamkabut dibuatnya mereka. nak kemas rumah, nak uruskan anak sendiri, nak masak, nak basuh pakaian, nak nak basuh berak, mandi bebudak, kerenah, menangis..saya berpendapat, hati yang mulia bukan bergantung pada susah senang atau kaya miskin, tapi iman. kesian kat baby puan,..From: nora yahaya Subject: [sim] MINTA PENDAPAT : Penderaan anakDate: Friday, 17 July,
2009, 9:26 AM
KAJIAN terhadap 2,528 pelajar di 29 sekolah rendah di Perak mendapati 53 peratus pernah menjadi pembuli dan 74 peratus pernah dibuli sekurang-kurangnya satu atau dua kali sepanjang empat minggu dalam tempoh kajian. Dalam kajian lain ke atas 1,624 pelajar di 18 sekolah menengah di Kedah dan Perlis pula mendapati, 93..5 peratus pernah dibuli secara tidak langsung, manakala 68 peratus mendakwa mereka dibuli secara langsung.Topik buli menjadi tumpuan Keluarga Di 9 (KD9) menerusi Dua Generasi pada 27 Februari 2008 kerana merasakan masalah ini tidak lagi boleh dipandang ringan. Kes Mohamad Afiq Qusyairi, pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, yang mungkin lumpuh sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak belakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tiga sekolah pada Jun, 2005, antara kes serius yang dilaporkan dan membuka mata ramai pihak agar masalah ini perlu dipantau dan diatasi segera.Persoalannya ada pembuli? Mengapa ia bagaikan meresap sebagai budaya di sekolah? Apakah hukuman yang dikenakan seperti rotan atau buang sekolah tidak mampu menginsafkan pembuli ini?KD9 tabik kepada seorang gadis, Che Siti Wan Kembang Abu,19, yang sanggup tampil berkongsi pengalamannya sebagai pembuli.Menurut remaja ini yang lebih senang dipanggil Wan, ketika kanak-kanak dia tidak pernah terfikir mengenai kemungkinan suatu masa akan bergelar `pembuli'.Tetapi zaman persekolahan agak kejam untuknya⁰"Nama saya sering dijadikan bahan gurauan dan ejekan teman menyebabkan saya malu dan tidak selesa. Disebabkan sering bertukar sekolah, saya kerap menjadi pelajar baru dan masalah diejek tidak pernah terhenti. Sebab itu, apabila menjadi pelajar senior, saya pula membuli pelajar lain. Puas hati kerana dapat membuli, biar mereka rasa seperti apa yang saya rasakan sebelum ini," katanya.Akuinya, walaupun dia pembuli tetapi tidak ke tahap membuli secara fizikal. "Selalunya saya mengejek dan memalukan mereka. Pernah mangsa mengadu pada guru tetapi nasib baik tiada tindakan dikenakan," ujarnya selamba.Tingkah laku pembuli seperti Siti Wan Kembang harus dikaji oleh pihak berwajib yang mahu mencari penyelesaian kepada isu ini, kata Benjy. Ini antara punca utama yang mungkin ibu bapa dan guru terlepas pandang.Pendekatan lazim, katanya, adalah menghukum pelaku tanpa mengkaji punca. Seperti kata seorang pemanggil, Halimatun Saadiah Ismail, adiknya pernah dibuli kerana berbadan gempal. Hingga kini walau pun telah berumur 20an adiknya masih trauma dan hilang keyakinan diri walaupun sudah bekerja.Buli mental lebih menyakitkanPerkara ini diakui kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Zubaidah Ahmad, yang turut diundang ke set KD9. Tambah beliau, ada beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi pembuli. Antaranya, mereka ini pernah dibuli atau membuli dianggap sesuatu yang menyeronokkan. Malah, pembuli sering dikaitkan dengan mereka yang tidak berjaya di dalam pelajaran, nakal, tidak berdisiplin juga disebabkan masalah keluarga seperti perceraian ibu bapa.Kebanyakan pembuli melakukan kegiatan mereka secara berkumpulan dan berulang kali. Selain buli secara fizikal seperti menumbuk, menendang dan sebagainya, buli secara mental lebih membahayakan."Seperti kes Wan, yang dibuli secara mental, perasaan sakit hati, tertekan dan malu, kesudahannya dia juga turut menjadi pembuli demi membalas dendam. Senario begini yang perlu kita tangani," tegas Zubaidah.Jika lelaki membuli mungkin dianggap biasa tetapi perempuan membuli bukannya satu kelaziman. Namun, tidak dinafikan, kes perempuan membuli kian meningkat. "Agak menjengkelkan jika wanita membuli kerana wanita disifatkan sebagai seorang yang lemah-lembut dan kewanitaan. Biarlah kita kekalkan adat dan sifat ketimuran kerana percayalah jika kita bertindak samseng, bukan saja kita tidak dihormati malah kita hanya akan ditertawakan," katanya.Menurut Zubaidah lagi, tindakan buang sekolah bukannya penyelesaian terbaik kerana pembuli bukan saja disisihkan malah sikap membuli mungkin tidak terbendung. "Membiarkan mereka tanpa dipandu mungkin boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti melakukan jenayah rompak, rogol dan tindakan agresif lain," katanya.Apa yang penting, setiap mangsa buli jangan berdiam diri dan jika bersekolah laporkan kepada guru kaunseling. Masalah pembuli dan mangsa boleh diselesaikan cara baik jika kena caranya. Peranan ibu bapa juga penting. Pantau anak-anak dan ambil tahu apakah kegiatan harian mereka.Apapun, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal impian saja. Hal ini kerana pelajar adalah asset negara yang penting dan akan menerajui negara pada masa depan. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua pihak haruslah sehati sejiwa di dalam menangani masalah buli ini. Semoga berkat usaha, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.KD9 adalah rancangan bual bicara yang memaparkan isu kekeluargaan dan kemasyarakatan meliputi empat slot iaitu Siapa Kata (Isnin), Jiwa Raga (Selasa), Dua Generasi (Rabu) dan Kongsi Rasa Kongsi Rahsia (Khamis), disiarkan secara langsung setiap jam 1 hingga 2 petang.Hotline Aduan Buli Kementerian Pelajaran 1-800-88-4774 / SMS: 33ADU @ 33238